Bab 1
Hari dah menjelang pagi. Tiba masanya untuk Lailatul untuk bersiap siap ke sekolah yang dihantar oleh ibunya. Ayahnya ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ibunya pula seorang suri rumah yang dibantu oleh pembantu rumahnya. Kini, Lailatul sudah mencapai umur 16 tahun sebab hari ini ialah hari ulang tahun lahirnya itu.
“Laila, cepatlah bersiap tu…..ibu dah sediakan sarapan ni” jerit ibunya memanggil Lailatul. “Iya ibu, Laila dah siap ni…..kejap lagi Laila turun ok !” jawab Lailatul.
Tiba di meja makan. Mereka sedang duduk dan makan sarapan pagi yang disediakan oleh ibu Laila. Setelah habis bersarapan, Lailatul pun terus pergi ke sekolah yang di hantar oleh ibunya dengan memandu kereta sementara ayahnya pula terus ke pejabat kerana ada mesyuarat dengan pelanggannya.
Ketibaan Lailatul di sekolahnya disambut meriah kerana hari ini hari ulang tahunnya. Ramai yang memberi Lailatul hadiah termasuk sahabat baiknya, Murni, Suhaimah, Nasriyah, Ramlah, Kaslindah, Fauziah dan Aega. Riuh satu kelas dibuatnya seperti ada
konsert yang berlaku di kelas tu.
“Terima Kasih awak semua kerana dah bagi hadiah yang sungguh cantik ni, saya suka sangat ! tapi, awak semua ni susah susah jer belikan hadiah birthday untuk saya ni… saya harap saya dapat balas budi baik awak semua !” ucap Lailatul pada masa tu sehingga membuatkan suasana kelas senyap. “Sama sama Laila…semua hadiah yang kami semua beli ni tidak menyusahkan apa apa pun.” Ucap Murni dengan senang hati sebagai wakil sekelasnya untuk mengucapkan sesuatu kepada Lailatul.
“aiseyy… macamtu pun mahu beri pengumumuman-pengumuman…”tempelak Azani sambil mengipas-ngipas mukanya yang sudah kemerah-merahan akibat bahang panas sang matahari pagi yang tidak lekang menyimbah sinarannya di setiap pelusuk ruang kelas.
“Ish, yang kau sibuk apa hal? Aku tahu lah kau ni jealous, sebab aku dapat hadiah…kau tak da….maklumlah, birthday mu sudah berlalu….tak de bagi hadiah pun….tak macam aku ni ha?”balas Lailatul separa mengejek.
“Ehem ehem…..Assalamualaikum ya ahli 4 Ekonomi…cantik sudah buku ni mau tulis nama kamu, pen ni pun menggatal sudah menulis nama kamu ni…..kamu senyap boleh kah?” Jerit Suhayati dengan nada lembutnya…..
“Ceh!~ yelah tu…..cantik lah buku mu itu…” Ejek Azani…
“Diam lah kau situ MR. KUMODOK ! sibuk saja” Jerit Suhayati dengan nada menaik satu oktaf….
Semua murid di kelas 4 Ekonomi diam…..kemudian, cikgu pun datang….
Tengah hari pun dah tiba…..semua murid SMK Titingan pun pulang ke rumah masing masing….
“Selamat tinggal semua, jumpa lagi esok ya !” Jerit Lailatul dengan rasa gembira…
“Selamat tinggal Laila….jumpa di facebook ya !” Balas Suhaimah yang suaranya seperti satu sekolah kedengaran…..
Dalam perjalanan balik ke rumah, Lailatul dengan ibunya pun bercerita di kereta sehingga tidak ingat dunia…. Pejam celik pejam celik, dah sampai pun di rumah Lailatul… Lailatul pun terus ke biliknya yang di penuhi dengan gambar anime kegemarannya seperti Marchen Awakens Romance, Haruhi Suzumiya, Cardcaptor Sakura , Host Club dan macam macam lagi…… Sehingga dia teringat kata ibunya.
FLASHBACK
“Kau ni Laila, sudah besar pun, sudah remaja nak meningkat dewasa, kau tu dah berumur 16 tahun ! masih jugak minat kartun kartun ni….. apa lah dah jadi dengan kau ni Laila, cuba jadi matang sikit? Kan elok tu” ibunya berkata sehingga ketawa terbahak bahak…
“Ala ibu ni, ibu tau tak, saya minat kartun kartun ni sebab cute sangat ! ibu kan tahu jugak Laila sukakan dari Laila umur 11 lagi….. kalau boleh, Laila nak kumpul semua koleksi koleksi anime ni ibu…lagi pun ibu, kalau kita jadi matang macam orang dewasa tu, berfikir banyak masalah adalah ! ” Lailatul balas dengan suara yang separa marah….
“Yelah, betul lah tu apa yang kamu katakan tu……asalkan, kau gembira….” Balas ibu Lailatul…
Sehingga Lailatul ketawa sendiri apabila teringat peristiwa tu…. Tapi, walau apapun, Lailatul tetap dengan minat nya sendiri, anime. Kemudian, Lailatul pun terus mandi dan solat zuhur….Selepas solat, Lailatul terus turun ke ruang makan untuk makan tengah hari. Selepas makan tengah hari, dia terus ke bilik dan mula menulis pada laman blog nya….. dia mula menulis diari untuk hari itu….sambil menulis blog, sambil lah dia membuka Facebooknya itu dan bersembang dengan rakan Facebooknya. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi telefonnya yang menunjukkan telefon dengan lagu “Fuyu No Uta” lagu jepun kegemarannya. Lailatul pun melihat siapa yang telefon dia itu. Rupa-rupanya, teman lelakinya yang di Facebook itu yang menelefon kepada Laila.
“Are you online now?”
“Yes, I`m online now. Why?”
“Yes, I`m online now. Why?”
“Just ask, ummm….. how are you now?”
“I`m fine, thanks…. And you?”
“I`m fine too… hehe….. what are you doing now?”
“Update my lovely blog ! while I`m now chatting at Facebook with my friend… and you?”
“Just do some homework…. I hate do homework you know !”
“Oh, I`m like to do homework, but I hate do notes..you know right”
“Yes, of course I know you….after finish my homework, maybe I online….. wait me ok !”
“Ok, no prob.. I will wait you”
Lailatul pun bercakap di telefon sehingga tidak ingat dunia.. Maklumlah, teman lelaki.. Kemudian, dia menulis blognya tentang anime sambil online Facebook. Entah berapa banyak dia tulis. Dia pun berkongsi blognya itu di Facebook sehingga ramai- rakan Facebooknya komen berkenaan blognya. Sehingga, ramai orang yang meminta tunjuk ajar kepada Lailatul berkenaan blog. Ketibaan teman lelakinya online Facebook dan kemudian berchatlah mereka. Bak kata orang putih, so sweet. Kemudian, datang pula Murni, Suhaimah, Kaslindah, Ramlah, Aega, Nasriyah dan Fauziah ke bilik Lailatul.
“Laila, apa kau buat tu ha? Mesti chatting dengan teman lelaki dia ni kan….” Ejek Murni dengan separa menyibuk.
“Ish, kau ni, tahu tak pe, tempe tak nak, nasi lebih sikit. Yelah, aku chat dengan dia ni. Kalau dah tahu, buat apa nak tanya kan,” Balas Lailatul dengan berwajah merah.
“Leh, tanya sikit pun tak boleh ker Cik Laila oi?” Tanya Murni
“Lerk arh.. boleh tanyalah…. Faham?” Balas Lailatul.
“Faham Cik Laila…” Balas Murni.
“Kalau kau faham, bagus….so, korang ni ada hajat apa ni datang ke rumah ku ni?”
“Um.... just nak saja saja jer……sebab, aku pun dah mula bosan di rumah aku ni..”
“Oh.....kenapa tak cakap awal awal kalau nak datang ke rumah....”
“Sorry lah.....kitorang cuma nak…”
“Nak apa ha?”
“Nak minta tunjuk ajar bagaimana kau buat kod HTML sendiri…. Kau kan pakar bab blogger ni..”
“Ok ok.....kacang jak tu.....tapi dengar satu syarat.....kau kena hafal formula kod kod tu.....”
“Ok Laila ! Di layan kalau kau !”
Kemudian, Lailatul pun mengajar sahabat baiknya tentang kod HTML yang selalunya digunakan oleh para para penulis blog untuk menghias blog supaya kelihatan kemas dan cantik. Banyak tempahan tutorial yang diterima oleh Lailatul daripada para follower nya. Ada sesetengah daripada blog nya, Lailatul buat sendiri melalui PhotoScape dan Photoshop. Ada sesetengah pula dia cari di laman web seperti tempat chat, tempat share blognya dan macam macam lagi.
No comments:
Post a Comment